Tokoh Melayu Terbilang 2011 Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas

Beliau menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.[1]

Pada 21 Jun 2012, Syed Muhammad Naquib al-Attas dilantik sebagai profesor pelawat terhormat di Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). CASIS ialah sebuah pusat kecemerlangan yang baru ditubuhkan di tahap pasca siswazah di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Beliau amat menekankan pendidikan dalam konsep Islam dan Islamisasi pengetahuan kontemporari yang membawa kepada penubuhan Universiti Islam di beberapa negara Islam. Dua buah institut berjaya diasaskannya iaitu Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di UKM dan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di UIAM, yang bermatlamat mempertingkatkan ketajaman pemikiran intelektual Muslim.

Perpustakaan Syed Naquib al-Attas di ISTAC mengandungi karya berwibawa mengatasi mana-mana koleksi lain seumpamanya di Asia Tenggara.[2]

Tulisan Al-Attas

  • (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1972) Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
  • (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1978) Islam and Secularism ISBN 983-99628-6-8
  • (1980) The Concept of Education in Islam
  • (1988) The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi
  • (1989) Islam and the Philosophy of Science, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
  • (1990) The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
  • (1990) On Quiddity and Essence
  • (1990) The Intuition of Existence
  • (1992) The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
  • (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
  • (1994) The Degrees of Existence
  • (1995) Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
  • (2011) Historical Fact and Fiction